Ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said hari ini membuat laporan polis mendakwa PAS menggunakan logo kerajaan negeri dan Istana Pahang serta lambang parti pembangkang lain dalam kempen pada pilihan raya kecil Kerdau.

    

"Kita kesal PAS menggunakan carta kerajaan negeri dan lambang Istana Pahang pada poster-poster mereka dengan sewenang-wenangnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Kerdau.

    

Ismail berkata hanya dua calon sahaja berhak menggunakan lambang parti mereka pada pilihan raya kecil itu.

    

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS Hassanuddin Salim.

- Bernama