Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Krisis nuklear Jepun lebih teruk dari Three Mile Island

ANALISIS Keadaan di loji nuklear yang dilanda gempa bumi di Jepun, kini semakin teruk sehinggakan ada kesepakatan bahawa krisis tersebut lebih besar daripada kemalangan di Three Mile Island pada 1979, serta wujud kebimbangan yang ia akan menjadi lebih parah  lagi.

japan nuclear fukushima no 3 reactor explosion front Pada akademik dan ahli nuklear bersetuju bahawa masalah di reaktor Fukushima Daiichi adalah parah, dan jalan penyelesaian yang dicadangkan itu merupakan usaha terakhir untuk membendung apa yang mungkin diingati sebagai bencana industri yang terburuk di dunia.

Semua enam reaktor di kompleks tersebut mempunyai masalah -sama ada bumbungnya tercabut, potensi keretakan struktur penahanan,

batang bahan bakar terdedah atau risiko berlaku letupan yang setakat ini, cukup besar untuk memaksa langkah-langkah kecemasan diambil.

Yang paling dibimbangi ialah kebakaran di kolam besar yang menempatkan batang bahan bakar atom dan letupan di bangunan yang menempatkan kolam dan reaktor No 4. Kolam itu terdedah pada unsur-unsur yang berbeza dengan teras reaktor yang dilindungi dalam besi baja dan konkrit.

azlan Kemalangan di loji Mile Three Island di Pennsylvania pada 1979

merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Separuh daripada teras reaktor dalam satu unit, lebur akibat kehilangan pendingin, meskipun tidak mengakibatkan kecederaan.

Kemalangan Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986 pula adalah yang terburuk dalam sejarah industri tersebut, apabila letupan mengakibatkan awan bahan radioaktif yang menutupi sebahagian besar Eropah.

Beberapa pakar berkata, pihak berkuasa Jepun tidak mahu membesarkan keparahan insiden tersebut, khususnya pada skala yang disebut INES yang digunakan untuk menentukan tahap insiden nuklear.

[Baca berita penuh]

ADS