Kempen negatif terhadap MB Kedah melalui SMS
Satu kempen negatif sedang dilancarkan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Syed Razak Syed Zain melalui pesanan ringkas SMS yang disebarkan secara meluas, mendakwa beliau telah diarahkan supaya meletakkan jawatan.
Pesanan SMS itu menyebut: "Panas!! Syed Razak diarah letak jawatan MB secepat mungkin oleh PM. Sebarkan segera kpd semua ahli PAS seluruh Malaysia. Berita sah dari pejabat PAS Kedah"
Bagaimanapun, pesuruhjaya PAS Kedah Azizan Abdul Razak ketika dihubungi, menafikan penglibatan PAS dengan penghantaran pesanan SMS tersebut.

Manakala Syed Razak juga turut menafikan dakwaan yang beliau telah dipaksa meletakkan jawatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Sambil menyelar perbuatan menghantar pesanan SMS itu, Syed Razak berkata: "Benda macam ini sesiapa pun boleh buat. Tak perlu peduli dengan perkara (SMS) macam ni".
Tiada kaitan
Apabila diminta mengulas dengan lebih lanjut, beliau menambah: "Buat apa tanya saya. Tanyalah mereka (yang membuat dakwaan tersebut). Jangan tanya saya."
Syed Razak menegaskan demikian ketika dihubungi malaysiakini untuk mendapatkan ulasannya mengenai pesanan SMS itu yang disebarkan luas di kalangan ahli dan penyokong PAS.
Sementara itu, Azizan, ketika menegaskan bahawa PAS tidak ada kaitan dengan penghantaran pesanan SMS tersebut, berkata: "Ini hal dalaman Umno. Mengapa pula pejabat PAS Kedah perlu membuat apa-apa pengesahan tentang perkara itu".
Beliau juga tidak menolak kemungkinan SMS itu dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjwab dan cuba melibatkan PAS untuk mengambarkan imej negatif terhadap parti itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Mahfuz Omar juga menolak kemungkinan PAS terlibat dengan penyebaran berita itu.
Pulih
"Sumber macam ini tidak boleh dipercayai. Saya tak fikir ada kebenaran tentang penglibatan PAS dalam hal ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sementara itu, naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ketika dihubungi turut menafikan berita tersebut.
"Ini semua khabar angin yang tidak perlu dilayan. Saya tidak pernah mendengar tentang perkara ini. Kalau benar, sayalah antara orang pertama yang akan mengetahuinya terlebih dahulu," katanya.
Pesanan SMS tersebut telah mengejutkan suasana politik Umno Kedah selepas sumber-sumber parti itu, mengatakan bahawa kepimpinan Umno negeri itu telah pulih dari perpecahan dalam parti.
Malah, menurutnya, kepimpinan Umno Kedah sekarang yakin mampu untuk merampas semula sekurang-kurangnya lapan daripada 12 kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum lalu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.