Dua penyokong pembangkang disiasat berhubung SMS MB Kedah
Polis sudah mengenalpasti dua penyokong parti pembangkang yang dipercayai terbabit dalam kempen negatif terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Syed Razak Syed Zain melalui pesanan ringkas (SMS).
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung ketika ditemui hari ini berkata kedua-duanya dikenalpasti selepas pihak polis menjalankan siasatan terhadap perkara itu.
"Polis sedang menyiasat kedua-dua mereka yang dipercayai terlibat dalam penyebaran SMS itu," kata Chor selepas mesyuarat jawantankuasa pusat MCA petang ini.

SMS yang menggunakan nama PAS Kedah sebagai pengirim itu berbunyi: "Panas! Syed Razak diarah letak jawatan MB secepat mungkin oleh PM. Sebarkan segera kepada semua ahli PAS seluruh Malaysia."
Bagaimanapun, Chor enggan menyatakan nama parti pembangkang yang dimaksudkannya itu.
Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhenti dengan segera daripada terus menyebarkan pesanan SMS itu.
Laporan polis
Kelmarin, Pemuda Umno Kedah telah membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS itu yang dianggapnya sebagai memfitnah Syed Razak.
Ketuanya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, berkata fitnah yang disebar menerusi SMS itu amat memalukan dan mahu pihak berkuasa menyiasat pihak yang bertanggungjawab.
Beliau yang juga naib ketua Pemuda Umno Malaysia berkata, tiada sebab Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Syed Razak meletak jawatan kerana beliau melakukan tugas dengan baik.
Disember lalu, polis telah menangkap tujuh orang di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) selepas menyebarkan berita melalui Internet mengenai sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur akan diserang pengganas.
Sebelum itu, PAS telah menafikan penglibatan parti itu dalam penghantaran pesanan SMS tersebut dan tidak menolak kemungkinan SMS itu dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjwab dan cuba melibatkan PAS untuk mengambarkan imej negatif terhadap parti pembangkang itu. Syed Razak juga turut menafikan kebenaran SMS itu.
Pesanan SMS tersebut dikatakan telah mengejutkan suasana politik Umno Kedah selepas sumber-sumber parti itu, mengatakan bahawa kepimpinan Umno negeri itu telah pulih dari perpecahan dalam parti.
Dalam piliharanraya umum lalu, PAS memenangi 12 daripada 36 kerusi negeri dan lapan daripada 15 kerusi Parlimen. Bagaimanapun, PAS kehilangan satu kerusi Parlimen, Pendang, dalam pilihanraya kecil yang diadakan tahun lalu.