Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara  Tony Pua hari ini bertikam lidah di Dewan Rakyat berhubung dakwaan ‘perisik Singapura’ dan saling cabar mencabar untuk mengheret satu sama lain ke mahkmah.

Zahid semasa penggulungan perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak ugutan Pua untuk menyamannya dan berkata pemimpin DAP itu sepatutnya menghentikan tuduhan liar mengenai perbelanjaan ‘ketenteraan’ negara.

azlan "Kementerian juga boleh membawa YB (Pua) ke mahkamah juga... kerana mendakwa kerajaan membayar 870 peratus lebih tinggi bagi mendapatkan kapal perang berbanding negara lain yang juga satu tuduhan liar,” katanya merujuk kenyataan Pua sebelum ini.

Sebelum itu, Pua berulang-kali cuba mencelah ucapan Zahid supaya kenyataan naib presiden Umno itu  yang dilaporkan di Utusan Malaysia, Jumaat lalu, bahawa beliau adalah ‘perisik Singapura’ yang pernah ditangkap dan didakwa di republik berkenaan ditarik balik.

Pua yang berang dengan kenyataan menteri berkenaan berkata sekiranya kerajaan tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung pembelian kelengkapan ketenteraan negara, mereka sepatutnya tampil menjelaskan perbezaan harga yang dibiayai oleh Malaysia berbanding negara lain.

Jangan bincang, politik keupayaan ATM

azlan Ahmad Zahid juga berkata soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dibincangkan atau dipolimikkan, termasuk di Parlimen.

Beliau berkata, walaupun ahli parlimen mempunyai imuniti dan kekebalan untuk bertanya apa sahaja di Dewan Rakyat, namun soal keupayaan ATM tidak boleh dikompromi dan dibincangkan secara terbuka.

Ahmad Zahid turut menegaskan semua ahli parlimen tanpa mengira parti harus berpendirian bahawa soal rahsia ketenteraan tidak boleh dipolitikkan bagi keselamatan negara.

Katanya, soal kerahsiaan negara seharusnya dipertahankan oleh semua, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

"Kalau kita setia kepada negara kita, kita boleh berbeza pada pendapat lain tapi soal kesiapsiagaan, dan keupayaan (ketenteraan) jangan bincangkan,” katanya.

[Baca berita penuh]