Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Percakaran di antara PKR dan Snap berhubung rebutan kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang dijangka diselesaikan apabila pemimpin tertinggi kedua-dua parti berjumpa Khamis ini, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

NONE Menurut beliau, perjumpaan telah diadakan dengan pemimpin kanan Snap, Datuk Daniel Tajem pada Ahad lalu manakala perjumpaan dengan setiausaha agung parti itu, Edmund Stanly Jugoh pula diadakan semalam. Azmin menyifatkan kedua-dua pertemuan itu sebagai menggalakkan.

“Saya akan terbang ke sana Khamis pagi bagi berjumpa dengan mereka lagi. Mereka akan tunjukkan senarai kerusi yang dihajati dan calon-calon yang akan dikemukakan dan kami juga akan berbuat perkara yang sama dan dari situ, kita akan membincangkannya,” katanya selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen hari ini.

Azmin mengulas agihan kerusi antara kedua-dua parti itu yang satu ketika hampir gagal berikutan apa yang Snap dakwa sebagai “keangkuhan” PKR.

Presiden Snap Edwin Dundang minggu lalu mengumumkan senarai 16 calon daripada 71 kerusi yang akan dipertandingkan parti itu dalam usaha yang dilihat sebagai mendahului usaha PKR yang dikatakan berminat bertanding di 52 kerusi.

[Baca berita penuh]

ADS