PAS pertaruh masa depan anak bangsa: Hishamuddin
Pemuda Umno hari ini mengecam PAS kerana mempertaruhkan masa depan anak bangsa sendiri dengan mempolitikkan soal pendidikan termasuk menutup tadika Kemas dan menghalau keluar pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Besut dan Dungun.
Semuanya semata-mata kerana dendam kesumat yang tiada sempadan, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussien ucapan dasar di persidangan pergerakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.
"Oleh itu, Pemuda tanpa ragu-ragu menegaskan sekali lagi, bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya bertopengkan agama untuk kepentingan politik kepartian mereka.
Pemuda Umno hari ini mengecam PAS kerana mempertaruhkan masa depan anak bangsa sendiri dengan mempolitikkan soal pendidikan termasuk menutup tadika Kemas dan menghalau keluar pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Besut dan Dungun.
Semuanya semata-mata kerana dendam kesumat yang tiada sempadan, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussien ucapan dasar di persidangan pergerakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.
"Oleh itu, Pemuda tanpa ragu-ragu menegaskan sekali lagi, bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya bertopengkan agama untuk kepentingan politik kepartian mereka.
"Dan hari ini, kita isytiharkan bahawa PAS tidak layak sama sekali bercakap soal Islam," tambahnya.
Sebaliknya, kata beliau, PAS hanyalah sebuah parti bertopengkan agama untuk kepentingan politik dan mereka sama sekali tidak layak untuk bercakap mengenai Islam.
"Islam yang dibawa dan dihayati oleh Umno berbeza dengan fahaman sempit `Islam' yang dipamerkan oleh PAS.
"Sementara Islam sebenarnya adalah berpaksikan kepada dakwah dan bukannya menghukum, PAS dengan sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Islam yang lain hanya semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan PAS...," katanya.
Umno berpaksikan Islam
Persidangan tiga hari yang dihadiri 653 perwakilan itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi serentak dengan perasmian persidangan tahunan Pergerakan Wanita dan Puteri Umno.
PAS, kata Hishamuddin sanggup menghalalkan tindakan mereka atas nama Islam dan syariah.
"Tanpa segan dan silu, mereka dengan rakusnya menyelewengkan wang zakat dan menghalalkan penyelewengan itu kononnya atas nama fisabillilah," katanya.
Sebaliknya, kata beliau, negara Islam yang Umno bangunkan lahir melalui perancangan, usaha dan pendekatan berhikmah, dan bukan setakat pengisytiharan lisan semata-mata.
Umno, katanya, didirikan atas jati diri Melayu dan Melayu adalah berpaksikan Islam. Sementara itu, Pemuda Umno juga mendesak diperkenalkan dimensi baru ke arah memperkasakan Sekolah Kebangsaan bagi memupuk semangat perpaduan dan kecemerlangan bangsa.
Menurut Hishamuddin, Pemuda Umno akan menggerakkan kesedaran masyarakat serta bekerjasama dengan kerajaan bagi memperkasakan sekolah berkenaan.
"Aliran pendidikan kebangsan wajib diperkukuhkan, diperlengkap, diperkemas dan dipertingkatkan agar menjadi aliran pendidikan perdana yang menjadi contoh, menjadi tumpuan dan menjadi pilihan pertama setiap lapisan masyarakat," katanya.
Bersiap untuk pilihanraya
Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz ketika berucap di persidangan tahunan pergerakan itu, berkata pihaknya akan menumpukan seluruh tenaganya untuk memastikan parti dan Barisan Nasional (BN) menang cemerlang dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, BN yang ditunjangi Umno telah membuktikan kemampuannya menjaga kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu dan merealisasikan aspirasi mereka.
Sambil meminta rakyat mengambil iktibar dari pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan, beliau berkata kekuatan kerajaan yang disokong teguh oleh rakyat akan membolehkan pemimpin negara menghadapi apa juga cabaran dan ancaman.
Menurut Rafidah lagi, Umno telah berjaya meninggikan taraf dan kedudukan orang Melayu serta masyarakat Islam melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan program serta penerokaan baru dalam ekonomi berasaskan ilmu.
Manakala dasar meritokrasi pula katanya, bertujuan membudayakan kecemerlangan dalam bidang pendidikan bagi melahirkan kaum Bumiputera yang berdaya saing.
Keutamaan kepada wanita
Sementara itu, Pergerakan Puteri Umno pula akan menggempur kubu kuat pembangkang dalam operasi gerak kerja yang akan dilancarkan ke seluruh negara mulai bulan depan.
Berucap di persidangan tahunan pertama pergerakan itu, Ketuanya, Azalina Othman Said, berkata pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan kelabu dan hitam yang menjadi tumpuan pihaknya.
Melalui operasi itu, katanya, beribu-ribu ahli Puteri Umno akan terbabit dalam kempen untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya, gerak kerja itu akan dijalankan sehingga pilihanraya akan datang.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Puteri Umno supaya mendaftar sebagai pemilih supaya dapat mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.
Sebelum itu, Azalina mendesak kerajaan supaya mendapatkan pandangan semua pertubuhan wanita terlebih dahulu, sebelum menggubal atau meminda undang-undang mengenai wanita.
"Tidak kira sama ada pertubuhan tersebut menyokong kerajaan ataupun tidak, kerana mereka juga mewakili kaum wanita," katanya.
Tambahnya, sudah tiba masanya wanita di negara diberi perhatian dan peluang yang lebih luas selaras dengan kedudukan sebagai rakyat teramai di negara ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.