Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas kemenangan bersejarah pada pilihan raya Sarawak 2006, DAP dijangka mengulangi taktik parti itu dengan mengemukakan beberapa calon wanita muda untuk bertanding dengan pemimpin veteran dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Menurut See Hua Daily , pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata parti itu akan mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya kali ini berikutan kejayaan dua ADUN wanitanya sepanjang lima tahun lalu.

NONE Kedua-dua calon wanita itu adalah Ting Tze Hui ( kanan ) (Meradong) dan Violet Yong (Pending), yang menang pada pilihan raya negeri yang lalu.

Ting dan Yong - kedua-dua mereka peguam muda dikatakan menampilkan imej ‘segar’ berbanding calon SUPP.

Seorang lagi calon wanita muda DAP, Kung Chin Chin, hanya tewas tipis di Kerusi Repok dengan 576 undi.

Taktik DAP itu dikatakan mirip dengan strategi perdana menteri Jepun Junichiro Koizumi pada pilihan raya umum negara matahari terbit itu pada 2005 dengan mengemukakan calon wanita muda yang berjaya menumbangkan ahli parlimen veteran parti pemerintah Parti Liberal Demokratik.

Walaupun Wong tidak mendedahkan nama-nama wanita yang akan dikemukakan pada pilihan raya 16 April ini, namun media tempatan telah membuat beberapa ramalan selain mengekalkan Tan dan Yong.

Lagi spekulasi

Antara mereka yang disebut-sebut adalah ketua wanita DAP Sibu, Alice Lau, 30, yang kemungkinan besar akan berentap dengan pemimpin kanan SUPP yang juga menteri kewangan kedua Sarawak bagi kerusi Bawang Assan.

NONE Pendatang baru dunia politik, Christina Chew, yang dalam lingkungan 20an pula dijangka akan bertanding di Batu Kawah, kerusi tunggal yang dimenang oleh SUPP di parlimen Kuching pada pilihan raya yang lalu.

Kedua-dua pemimpin wanita itu mendapat perhatian media apabila mereka duduk sebaris dengan beberapa perwakilan dan pemimpin DAP pada sidang akhbar baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi mereka akan diketengahkan.

Adalah dilaporkan juga bahawa Wong pernah memuji Lau sebagai berbakat dan rendah diri meskipun berasal dari keluarga yang kaya.

Bapa Lau, - Lau Chen Kiong seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Sibu dan adalah juga pengerusi parti komponen BN, Parti Pembangunan Progresif Sarawak (SPDP) Pelawan.

Senjata khas

Di sebalik hubungan bapanya dengan parti pemerintah, Lau menyertai DAP pada 2009 dan pernah dikatakan calon pilihan pada pilihan raya kecil parlimern Sibu sebelum DAP memilih Wong sebagai wakil mereka.

NONE Chew ( kiri ), seorang sarjana kimia adalah pegawai khas kepada Violet Yong. Beliau dikatakan sebagai ‘senjata khas’ DAP bagi merampas kerusi Batu Kawah daripada penyandangnya Tan Joo Phoi.

Batu Kawah adalah kerusi tunggal SUPP di kawasan Kuching pada pilihan raya lalu, manakala empat kerusi lain jatuh ke tangan DAP dan PKR.

Terdapat kemungkinan juga DAP akan memilih calon wanita untuk kerusi Piasau di Miri, yang kini dipegang oleh presiden SUPP dan timbalan ketua menteri, Datuk Dr George Chan Hong Nam.

Adalah dipercayai Lim Su Kien, 37, telah disenarai pendekkan sebagai antara calon DAP untuk kerusi itu.

[Baca berita penuh]

ADS