Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilik kenderaan boleh guna nombor lama
Diterbitkan:  Mar 31, 2011 6:46 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Pemilik kenderaan boleh menggunakan semula nombor pendaftaran pada kenderaan mereka yang dilaporkan hilang atau musnah dengan mendaftarkan semula nombor itu ke atas kenderaan baru yang belum pernah didaftarkan, tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata selain daripada pemilik kenderaan tersebut, pihak lain tidak layak untuk mendaftar semula nombor tersebut.

mca egm 130311 kong chor ha "Permohonan untuk menggunakan semula nombor pendaftaran kenderaan yang hilang atau musnah itu akan dikenakan bayaran yang akan ditentukan kelak," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Kong berkata peraturan itu boleh dilaksanakan selepas pindaan terhadap Seksyen 11 Akta Pengangkutan Jalan 1987, diluluskan pada 15 Disember 2010.

Berikutan pindaan itu, katanya, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh memperuntukkan semula kepada pemilik berdaftar mana-mana nombor pendaftaran kenderaan miliknya yang dilaporkan hilang, dicuri, rosak, binasa atau dihantar keluar dari Malaysia untuk selama-lamanya kepada suatu kenderaan baru yang belum pernah didaftarkan.

    

Beliau berkata pemilik kenderaan terbabit yang berminat untuk menggunakan semula nombor pendaftaran kenderaan mereka sebelum ini, boleh mengemukakan permohonan di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka perlu mematuhi syarat dengan mendapat pelepasan untuk mengguna semula nombor pendaftaran itu daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Katanya prosedur itu dijangka mendapat sambutan baik terutamanya daripada pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran bernilai utama, menarik atau popular, yang telah membeli nombor berkenaan dengan harga yang tinggi serta mempunyai nilai sentimental kepada mereka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS