BERITA

DAP kemukakan tiga muka baru di Kuching, Sibu

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Apr 2011, 1:43 tengahari

DAP akan menampilkan tiga muka baru untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Batu Kawah dan Simanggang.

Parti itu mengekalkan dua penyandang iaitu Chong Chien Jien dan Violet Yong Wui Wui masing-masing di Kota Sentosa dan Pending, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pada sidang akhbar di Kuching hari ini.

azlan Tiga muka baru itu ialah Wong King Wei yang akan bertanding di Padungan, Christina Chiew Wang See (Batu Kawah) dan Leon Jimat Donald (Simanggang).

Lim berkata Wong, 31, seorang peguam pernah berkhidmat sebagai pembantu khas kepada Chong, manakala Chiew, 27, ialah pembantu khas Yong.

Leon Jimat pula pengerusi DAP cawangan Sri Aman dan anak bekas anggota Parlimen Sri Aman Jimmy Donald.

Mereka adalah antara 15 calon DAP yang akan bertanding pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Lim dijangka mengumumkan baki 10 calon lagi di Sibu esok.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.