Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak bermula dengan baik malam tadi dan majlis anjurannya mendapat sambutan hebat di Kuching, Sibu dan Miri.

NONE Di pusat komersial Premier 101 Kuching, dianggarkan 5,000 orang

membanjiri pusat penjaja untuk mendengarkan ceramah orang kuat pembangkang, termasuk setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala di pusat komersial Boulevard di Miri, dan satu lagi berhampiran Specialist Medical Centre di Sibu, masing-masing dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkannya bukan sahaja satu rekod tetapi juga satu permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.

Wartawan tempatan juga memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan kepada pembangkang kali ini lebih menggalakkan berbanding dengan suasana pilihan raya 2006.

Di Kuching, tempat perhimpunan penuh sesak, sehingga memaksa penganjur meletakkan pembesar suara dan projektor di kawasan berhampiran untuk memboleh lebih ramai mengikuti ceramah di situ.

kuching dap guan eng signing ubah Jelas sekali Guan Eng menjadi tarikan malam tadi, dengan berucap kepada hadirin dalam campuran bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun parti komponen BN,

SUPP, menurunkan beberapa muka baru dengan latarbelakang yang baik, tetapi  musuh sebenar Pakatan ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah begitu lama berkhidmat.

“Calon-calon SUPP memang berbakat... di atas kertas, mereka memang layak diundi. Tetapi apa yang kita mesti tanya kepada mereka ialah: Adakah muka-muka baru ini menyokong 'pek mor'?" tanya Guan Eng menggunakan istilah penduduk Cina Sarawak, yang merujuk kepada Taib yang merambut putih.

kuching dap talk first nite “Bolehkah muka-muka baru SUPP ini menjawabnya? Jika mereka kata

'ya', maka mereka akan menyinggung para pengundi. Jika mereka kata 'tidak', ia akan mengecewakan Taib dan akibat adalah lebih buruk.

Guan Eng menyifatkan muka-muka baru SUPP itu sebagai “wain lama dalam botol baru”, sambil menambah bahawa “wain lama” adalah "racun' kepada pengundi.

Dia turut menyindir Taib dan timbalannya Tan Sri George Chan, yang juga presiden SUPP, berhubung janji mereka untuk meletakkan jawatan.

“Chan menggunakan muslihat yang sama pada 2006. Adakah dia meletakkan jawatan? Sebaliknya dia kahwin lagi, sama seperti Taib. Adakah anda fikir mereka ingin berundur?” soalnya, sambil disambut gelak ketawa hadirin.

miri dap pkr candidates first nite Di Miri pula, ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata sambutan terhadap ceramah di DUN Piasau kali ini mendapat sambutan lebih baik daripada pilihanraya 2006.

George Chan mempertahankan kerusi Piasau bagi penggal keenam.

Menurut Anthony sejumlah RM10,200 sumbangan berjaya dikutip untuk

mengisi tabung kempen pilihan raya.

Pada mulanya, polis cuba menghentikan ceramah tersebut atas alasan permohonan telah dibatalkan kerana SUPP mengadakan majlisnya di sebuah restoran berhampiran.

miri dap first nite talk Berikutan itu, pihak penganjur menuntut pihak polis bertindak adil dengan menghentikan juga majlis SUPP. Selepas itu, pihak polis beredar dan majlis Pakatan itu diteruskan dengan lancar, walaupun dalam keadaan hujan renyai.

Di Kuching, naib presiden PKR, Nurul Izzah pula mendapat tepukan gemuruh apabila beliau berucap sekejap dalam bahasa Cina, manakala seorang lagi naib presiden PKR, Tian Chua, berjanji Pakatan akan mengembalikan royalti minyak dan gas kepada Sarawak jika ia memerintah negeri itu.

Pantai Miri merupakan salah satu pengeluar gas asli terbesar di Malaysia. Penceramah lain ialah bekas ahli parlimen bandar Kuching, Sim Kwang

Yang dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok

sibu dap first nite talk Di Sibu pula, orang ramai melimpah ke atas jalan untuk mendengar ucapan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Kit Siang.

Ucapan Kit Siang tertumpu kepada berita kematian seorang pegawai Kastam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur pagi semalam.

Beliau menggesa penduduk Sibu supaya mengundi calon-calon Pakatan bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan dipantau dengan rapi.

[Baca berita penuh]

 

 

 

ADS