Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undur sekarang, kata Ng kepada DAP
Diterbitkan:  Apr 7, 2011 4:06 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Bekas ADUN PKR, Dominique Ng menggesa lawannya dari DAP Wong Keng Wei supaya menarik diri daripada pilihan raya negeri Sarawak bagi kerusi Padungan.

Ng berkata beliau dalam kedudukan terbaik memenangi kerusi itu jika dibandingkan dengan Wong yang katanya tidak mempunyai rekod perkhidmatan di kawasan dewan undangan negeri itu.

NONE "Wong, yang masih muda mesti terlebih dahulu berkhidmat kepada pengundi sebelum cuba mendapatkan mandat daripada penduduk Padungan,” katanya pada sidang akhbarnya di Kuching hari ini.

Ng berpaling tadah daripada PKR setelah digugurkan daripada menjadi calon mempertahankan kerusi Padungan.

Beliau kini bertanding sebagai calon Bebas dan akan berdepan dengan Wong dan calon BN,

Sim Kiang Chiok.

Kebanyakan penganalisis melihat senario terbaru itu akan memberi kelebihan kepada BN kerana tindakan Ng dikatan akan memecahkan undi pembangkang.

[Baca berita penuh]

ADS