Ezam: Utusan dari Umno ada temui saya
Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Mohd Noor mendedahkan bahawa beliau 'didatangi utusan' dari Umno untuk memujuknya supaya kembali semula ke pangkuan Umno.
Berucap di kediaman presiden Keadilan Dr Wan Azizah Ismail di Kuala Lumpur malam tadi, dalam ceramah sulungnya selepas dibebaskan, Ezam mendakwa utusan berkenaan berkata mereka dihantar oleh pemimpin tertinggi Umno.
"Utusan ini datang melalui peguam dan keluarga saya...ia menunjukkan (berlaku) pergelutan yang luar biasa (dalam Umno). Sebab itulah pembebasan saya pun dilakukan secara luarbaiasa...," tegas Ezam.
Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Mohd Noor mendedahkan bahawa beliau 'didatangi utusan' dari Umno untuk memujuknya supaya kembali semula ke pangkuan Umno.
Berucap di kediaman presiden Keadilan Dr Wan Azizah Ismail di Kuala Lumpur malam tadi, dalam ceramah sulungnya selepas dibebaskan, Ezam mendakwa utusan berkenaan berkata mereka dihantar oleh pemimpin tertinggi Umno.
"Utusan ini datang melalui peguam dan keluarga saya...ia menunjukkan (berlaku) pergelutan yang luar biasa (dalam Umno). Sebab itulah pembebasan saya pun dilakukan secara luarbaiasa...," tegas Ezam.
Beliau yang dibebaskan daripada tahanan ISA bersama lima orang lagi aktivis reformasi awal bulan ini. Ezam kemudiannya dibebaskan dari Penjara Kajang selepas mahkamah membenarkannya diikat jamin sementara menunggu rayuan hukuman penjara terhadapnya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut Ezam, pembebasannya dibuat atas dua sebab utama, pertama, kerana tekanan rakyat dan pertubuhan seperti Suaram dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menentang penggunaan ISA di negara ini.
Berikutan itu, katanya, beliau telah dimaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membebaskan mereka selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mendapat tekanan hebat ketika menghadiri Persidangan G8 di Evian di Perancis awal bulan ini.
Gelagat
Beliau mendakwa, sebab kedua pembebasan mereka secara tiba-tiba itu adalah berikutan berlakunya pergelutan kuasa dalam Umno.
Menurut Ezam, beliau merasa geli hati melihat gelagat pemimpin-pemimpin Umno berkenaan yang berbulan-bulan menghantar utusan ke penjara, mengkritik satu sama lain.
"Tetapi dalam perhimpunan agung Umno, mereka kata mereka akan ikut keputusan Paklah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Berbulan-bulan mereka jumpa saya dan macam-macam mereka kata...," tegasnya.
Menurut Ezam lagi, ada yang memberitahunya yang mereka kagum dengan prinsipnya menentang rasuah dan menawar untuk memberi dokumen mengenai pelakuan rasuah pemimpin Umno.
Mengulas lanjut mengenainya, Ezam berkata, dalam satu hal, beliau begitu senang dibebaskan daripada tahanan ISA, tetapi dapat tentangan dalam permohonan mendapatkan ikatjamin.
Ikatjamin
"Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, peguam saya diberitahu bahawa pada mulanya, pihak Peguam Negara tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap (permohonan) ikatjamin itu. Tetapi pada hari berkenaan, pasukan pendakwa yang selalu mengendalikan kes OSA, tidak ada, sebaliknya digantikan oleh pasukan lain dari Putra Jaya," tegasnya.
Katanya, beliau bersyukur kerana dibenarkan ikat jamin, "tetapi ia menunjukkan wujudnya konflilk dalam keputusan berhubung pembebasannya".
Di satu pihak, katanya, beliau dibebaskan dengan senang daripada tahanan ISA, tetapi di satu pihak lagi "menyusahkan beliau".
Katanya, kalau mahu 'menyeberang' kepada Umno, beliau tidak perlu menunggu dua tahun kerana dari mula lagi beliau mendapat tawaran yang sama ketika menjalani hukuman penjara.
"Saya diberitahu yang "package" sudah sedia menanti apabila saya meninggalkan Keadilan dan mengenepikan isu Anwar," tegasnya.
"Tetapi saya harus nyatakan dengan jelas, ada perjumpaan, bukan sahaja dengan Umno, tetapi MIC pun ada. Saya jumpa mereka sebab mereka tidak bersetuju dengan penahanan saya, mereka nak tahu fasal Anwar. Ini membuktikan Anwar masih tegar dalam ingatan rakyat," tambahnya.
Dalam isu Anwar, Ezam berkata, beliau bersifat terbuka dan menemui sesiapa sahaja, dari Barisan Nasional (BN) atau Barisan Alternatif (BA).
"Tetapi prinsip perjuangan saya tidak akan berubah..maknanya menentang ketidakadilan, rasuah, tidak kira orang BN atau BA, selagi mereka turut menentang semua itu," tambahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.