Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Felda senaraikan unit gulanya pada papan utama
Diterbitkan:  Apr 12, 2011 7:19 PM
Dikemaskini: 11:21 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata, cabang komersial Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, akan menyenaraikan perniagaan gulanya - Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM) - di Papan Utama Bursa Malaysia pada Julai.

Perdana Menteri berkata, penyenaraian itu, yang akan menjadi yang pertama di dalam Kumpulan Felda, akan meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju di dalam industri gula, sambil menyediakan kumpulan dengan peluang mendapat pengiktirafan di dalam pasaran modal dan membolehkannya menzahirkan pelaburannya sambil mengekalkan kawalan ke atas asetnya.

"Ini bermakna para pelabur akan mengambil bahagian di dalam industri utama dan ia merupakan perkembangan positif bagi objektif kerajaan menggalakkan pasaran modal Malaysia,” kata Najib pada persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur. Beliau juga Menteri Kewangan.

Felda mengambil alih MSM dan perniagaan berkaitan dari PPB Group Bhd pada harga RM1.25 bilion pada tahun lalu.

Kumpulan Felda adalah pengeluar gula Malaysia yang dominan yang mengawal 70 peratus pasaran domestik.

- Bernama

ADS