Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Siasatan video seks yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kanan memerlukan lebih masa.

Ini kerana Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan yang dikemukakan oleh polis semalam.

altantuya trial 160707 tun majid Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah ( kanan ), mengesahkan perkara berkenaan kepada Malaysiakini hari ini.

Kertas siasatan dikemukakan semalam tetapi dikembalikan pada hari yang sama.

"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Tun Majid.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.

NONE Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam berkata polis akan menyerahkan semula kertas siasatan berhubung video seks ayng didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu secepat mungkin selepas ia dikembalikan ke polis minggu lalu.

Ismail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen.

[Baca berita penuh]

ADS