Kementerian Pendidikan digesa henti ugut pelajar
Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Kementerian Pendidikan supaya menghentikan ugutan terhadap pelajar Malaysia di luar negara yang dituduh terbabit dengan kegiatan parti pembangkang dan antikerajaan.
Bulan lalu, tiga pensyarah yang menyambung pelajaran di United Kingdom telah dipanggil balik manakala 20 lagi penuntut Malaysia di sana di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara, telah diberi amaran keras atas dakwaan tersebut.
"Tindakan tersebut jelas bermotifkan politik sempit, berat sebelah serta balas dendam dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan yang mendakwa mempunyai wibawa," kata pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof.

"Juham mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut serta kenyataan berbaur ugutan oleh menteri dan timbalan menteri pendidikan yang menyerlahkan ketidakfahaman terhadap prinsip undang-undang serta amalan demokrasi yang diamalkan di dalam negara," tambahnya.
Katanya, Peraturan 21 Bab D Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan) 2002) dan juga Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) melarang pegawai awam (termasuk pensyarah) dan pelajar terbabit dengan mana-mana parti politik, tidak kira parti pemerintah ataupun pembangkang.
Amalan demokrasi
"Meskipun pemakaian AUKU tidak meliputi pelajar Malaysia di luar negara, namun kelihatan beberapa perkara yang terkandung dalam akta tersebut turut dikenakan ke atas mereka.
"Tetapi dalam soal pembabitan dalam politik, penguatkuasaannya jelas berat sebelah di mana Kelab Umno dibenarkan wujud, tetapi persatuan pelajar lain yang kelihatan condong kepada pembangkang ditekan habis-habisan dan dituduh antikerajaan dan sebagainya," tambahnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengingatkan jika pelajar tidak menyokong Umno dan cenderong kepada pembangkang, ia tidak bererti mereka antikerajaan atau menderhaka kepada negara.
"Umno adalah parti politik yang sama seperti parti pembangkang yang lain. Ianya adalah entiti yang terpisah dengan kerajaan. Adalah amat tidak adil, tidak logik dan tidak demokratik jika pelajar hanya dibenarkan menyokong Umno, dan tidak parti politik lain," tegasnya.
Sambil menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi yang membenarkan kewujudan pelbagai parti politik, beliau berkata, jelas, tindakan ke atas pelajar terbabit bertentangan dengan undang-undang serta mencabul demokrasi dan hak asasi.
Agama rasmi
Sehubungan itu, Juham mendesak agar tindakan terhadap pensyarah dan pelajar terbabit ditarik balik, serta meminta Kementerian Pendidikan menghentikan ugutan dan tekanan terhadap gerakan pelajar di dalam dan luar negara.
Dalam satu lagi perkembangan, Persatuan Ulama Kedah (PUK) melahirkan kekesalannya terhadap tindakan menimbulkan semula soal doa yang dibaca di sekolah yang selama ini tidak pernah menjadi isu.
"Amalan membaca doa yang dilakukan zaman berzaman di negara ini di semua majlis rasmi dan tidak rasmi, oleh kerajaan dan bukan kerajaan, tidak pernah menimbulkan masalah di kalangan masyarakat," kata yang dipertua PUK, Syeikh Abu Bakar Awang dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, PUK berpendirian adalah tidak wajar amalan doa yang dibaca dengan penuh hikmah oleh pelbagai pihak di sekolah, mahupun tempat lain digugat.
"Ini adalah kerana langkah menyekat syiar Islam ini kami anggap melampau. PUK tidak bersetuju pembacaan doa di sekolah dihentikan kerana ia merupakan suatu amalan yang harus dihormati di negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi," tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.