Seramai 20 orang ditangkap dalam serbuan di sekitar London menjelang perkahwinan diraja pewaris kedua monarki Britain, Putera William dengan tunangnya, Kate Middleton hari ini, kata ibu pejabat polis Scotland Yard semalam.

NONE Menurut laporan AFP , pegawai polis melakukan serbuan pada waktu subuh itu mengikut perintah waran tangkap di tiga tempat berasingan sebagai sebahagian daripada operasi perisikan yang dilancarkan.

Ssemua yang ditangkap kini ditahan di beberapa balai polis sekitar London.

"Penangkapan ini sebahagian daripada langkah keselamatan untuk menahan suspek yang disyaki," kata jurucakap Scotland Yard.

19 orang ditangkap di Camberwell, selatan London manakala seorang lagi ditahan di Hackney, timur London.

NONE Sementara itu, AP yang memetik sumber polis metropolitan London berkata tiga orang ditahan di selatan London malam tadi kerana disyaki merancang untuk mencetuskan kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam.

Dua lelaki berusia 68 dan 45 tahun serta seorang wanita berusia 60 tahun itu ditahan di lokap sebuah balai polis.

Polis enggan memberi butiran lanjut tetapi menyatakan mereka yang ditahan itu merancang untuk menghadiri majlis perkahwinan diraja itu.