Mat Sabu tunda pelancaran kelab penyokong di FB
Bimbang dengan reaksi negatif para perwakilan dalam pemilihan PAS, seorang bakal calon timbalan presiden Mohamad Sabu bertindak menangguhkan satu majlis pelancaran akaun Facebook bagi satu kelab penyokongnya.
Mohamad Sabu berkata, beliau bertindak demikian bagi "mengelakkan salah faham" dan juga "mengekang budaya yang dilihat tidak sihat atau tidak boleh diterima oleh ahli PAS."
"Saya berhasrat supaya program besar ini ditangguhkan sebab boleh dianggap sebagai bahan kempen kepada saya menjelang muktamar akan datang.
"Sebagai parti Islam, kempen berlebihan akan dilihat negatif kepada parti dan jemaah," katanya ketika bercakap dalam satu sidang media hari ini.
Tarikh baru bagi program yang dijadualkan pada 6 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah Persekutuan/ Selangor itu akan diputuskan selepas muktamar diadakan pada Jun.
[Berita penuh menyusul]

