Gegar gagal dapat temujanji jumpa jawatankuasa SAR
Jawatankuasa khas pendidikan mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) digesa supaya memberi peluang kepada pihak awam untuk meneliti dan memberi maklumbalas mengenai perakuan-perakuannya berhubung masa depan SAR.
Ketika membuat gesaan itu, pengerusi Gerakan bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, adalah adil bagi semua pihak, terutama yang berkaitan dengan SAR diberi hak untuk memberi maklumbalas sebelum sebarang keputusan diambil.
Katanya, Gegar berpendirian bahawa jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Murad Mohd Noor itu, wajar bersifat terbuka kerana SAR sudah menjadi isu yang amat penting bagi masyarakat Islam keseluruhannya.

"Walaupun Gegar gagal untuk mendapat temujanji dengan jawatankuasa tersebut, namun kami masih mengharapkan sebarang keputusan yang diambil tidak bersifat sehala dan ruang untuk memberi maklumbalas dibenarkan.
"Kami juga menggesa agar laporan dan perakuan yang telah diputuskan, tidak terus dilaksanakan, tanpa terlebih dahulu diserahkan kembali kepada Majlis Raja-Raja yang telah memberi mandat kepada jawatankuasa itu untuk membuat kajian tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis Raja-Raja telah mengarahkan jawatankuasa terbabit mengkaji kedudukan SAR selepas menerika memorandum dari pelbagai pihak termasuk dari Gegar dan PAS yang membantah keputusan kerajaan menghentikan bantuan perkapita, sehingga menjejaskan operasi sekolah-sekolah terbabit.
Sehubungan ini, Mohd Azmi melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Khir di Dewan Negara baru-baru ini, yang menurutnya, masih menuduh SAR mengajar pelajar membenci pemimpin.
Jangan berahsia
Gegar katanya, membantah kenyataan dan dakwaan yang diulang-ulang itu tanpa menunjukkan bukti konkrit mengenainya.
Malah, katanya, gesaan perwakilan di persidangan Umno baru-baru ini juga, supaya SAR ditutup, telah "mencerminkan" hasrat asal pihak kerajaan".
"Dengan tidak ada usaha untuk membantu SAR dan sebaliknya terus mengecam SAR, hanya mendedahkan hasrat sebenar Umno, iaitu untuk menutup SAR.
Sehubungan itu, Mohd Azmi mendesak jawatankuasa khas tersebut supaya jangan menggunakan "kaedah berahsia dalam isu SAR" kerana ianya berkaitan dengan nasib dan masa depan SAR yang perlu diketahui oleh umat Islam di negara ini.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.