Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aziz Bari: Tak perlu S'jaya Peluang Sama Rata
Diterbitkan:  May 6, 2011 12:50 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Tidak perlu bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Peluang Sama Rata atau “Equal Opportunity Commission” (EOC) seperti yang dicadangkan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib megikut Model Ekonomi Baru (MBE), kata pemerhati politik dan profesor undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari.

 

NONE Hujahnya, peruntukkan yang sedia ada, khususnya Perkara 8, perlembagaan persekutuan sudahpun menjamin perkara berkenaan.

"Mereka sepatutnya mencari penyelesaian berdasarkan sistem itu sendiri. Gunakan apa yang ada sebelum menubuhkan sesuatu yang baru,” katanya.

Abdul Aziz berkata Pakatan Rakyat tidak sepatutnya meniru jejak langkah BN dalam mewujudkan institusi baru bagi menangani masalah kerana akhirnya bebanan kewangan akan jatuh kepada pembayar cukai.

Beliau mengulas kenyataan akhbar oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua, yang berhujah bahawa EOC diperlukan bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam usaha menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

EOC dikeluarkan dari draf terakhir MBE selepas mendapat tentangan pelbagai pihak, khususnya kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

[Baca berita penuh]

ADS