Parti pembangkang Singapura berjaya memenangi satu Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) buat pertama kali dengan merampas lima kerusi dalam satu saingan sengit kawasan panas, menurut pegawai pilihan raya.

Menurut AFP , Parti Pekerja (WP) memenangi 54.71 peratus undi di daerah tumpuan, Aljunied berbanding parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Menteri Luar, George Yeo yang bakal meninggalkan Kabinet akibat kekalahan berkenaan.

azlan “Ini merupakan petanda politik dalam Singapura moden. Keberanian anda berjaya memecahkan tembok untuk generasi masa depan,” kata Setiausaha Agung WP, Low Thia Khiang yang mengetuai kejayaan lima kerusi partinya itu.

Sementara itu, Bernam a melaporkan PAP memenangi enam Kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC) setakat 1 pagi ini manakala WP menang di SMC Hougang.

Yaw Shin Leong daripada WP mengalahkan calon PAP Desmond Choo di Hougang,

dengan meraih 64.81 peratus daripada undi yang sah.

PAP pula memenangi enam SMC iaitu Mountbatten, Whampoa, Radin Mas, Bukit Panjang, Joo Chiat dan Hong Kah North.

Laporan yang belum disahkan menyebut bahawa WP memenangi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Aljunied namun tanda-tanda menunjukkan bahawa PAP akan mencatat kejayaan besar meskipun dengan majoriti yang berkurangan.

Sejumlah 82 daripada 87 kerusi menyaksikan pertandingan dalam pilihan raya itu.