Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan tersinggung dengan satu kenyataan yang dibuat mengenai peranannya berhubung dakwaan kes penipuan tanah Tan Hak Ju, yang didedahkan dalam Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

NONE Teng (kiri), bekas ahli exco kerajaan negeri di bawah BN, membidas Timbalan Ketua Menteri 11, Datuk P Ramasamy, sambil

menggesanya supaya membaca minit mesyuarat terdahulu sebelum mengeluarkan komen sedemikian.

Katanya, beliau tersinggung dengan kenyataan Ramasamy di DUN semalam yang beliau (Teng) tidak 'proaktif' dalam usaha untuk mencapai kompromi dengan ahli perniagaan Tan Hak Ju.

“Ramasamy sepatutnya membaca minit mesyuarat exco sebelumnya dan mesyuarat jawatankuasa kecil dengan teliti sebelum membuat kenyataan sedemikian,” katanya.

Tan, seorang ahli perniagaan, telah menyaman kerajaan negeri kerana tidak memproses permohonan tanahnya dengan betul dan kemudiannya membatalkan apabila didapati ia akan dimiliki pihak lain.

Teng merujuk kepada kenyataan Ramasamy, yang dipetik dalam akhbar sebagai berkata Tang telah ditawarkan pampasan RM1.8 juta dan satu plot alternatif tetapi perjanjian itu gagal.

Menurut Kertas Putih tersebut, bukti baru telah diperolehi yang menunjukkan Tan telah mengetahui tentang pemilikan tanah tersebut tetapi tidak memaklumkannya kepada kerajaan negeri ketika itu.

Sidang DUN semalam telah memutuskan untuk memfailkan semula kes tersebut bagi mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan pampasan RM40 juta.

[Baca berita penuh]