Meskipun pilihan raya kampus sudah berakhir lebih dua bulan lalu, namun sehingga hari ini lebih ramai pelajar Pro-M Universiti Malaya (UM) menghadapi tindakan disiplin daripada pihak berkuasa universiti itu.

NONE Jurucakap pro-M Sabri Jamaluddin ( kiri ) memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau dan 12 lagi aktivis Pro-M telah menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar menuduh mereka mengadakan perhimpunan haram dan sidang akhbar tanpa kebenaran universiti.

Turut menerima surat tata-tertib itu adalah presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPMUM), Mohd Syahid Mohd Zaini.

"Mereka kata kita perlukan kebenaran naib canselor sebelum boleh adakan sidang akhbar,” katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Sabri menghadapi tuduhan paling banyak - tujuh semuanya. Beliau adalah mahasiswa yang dikasari dengan mulutnya dicekup oleh pihak keselamatan UM semasa mengadakan sidang media di kampus Februari lalu.

Gambar itu menimbulkan kekecohan di kalangan mahasiswa di seluruh negara.

Pelajar -pelajar yang didakwa itu dijadualkan mengadakan sidang akhbar petang ini bagi memberikan butiran dakwaan berkenaan.

[Baca berita penuh]