Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangkitan dada: Dr M dimasuk ke IJN
Diterbitkan:  May 18, 2011 12:44 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan  fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

- Bernama

ADS