Ahmad Maslan syor Anwar saman Eskay

   

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    

NONE Cadangan itu termasuklah mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan ketua umum PKR itu tidak tulen.

    

"Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

    

Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu ialah fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam skandal video seks berkenaan.

    

Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan suruhanjaya diraja.

    

alleged four full sex videos on youtube 290411 18 Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

    

"Kesemua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga menghentikan tuduhan-tuduhan bahawa Umno di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah.

    

anwar sodomy trial 160511 supporter distributing nasi lemak utusan "Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Dalam kepala rakyat nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar," katanya.

    

Mengulas rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur Jumaat ini bagi membantah laporan akhbar itu yang didakwa tidak memihak kepada parti pembangkang, beliau berkata pihak berkenaan tidak memahami kebebasan akhbar.

"Ini (demonstrasi) kerja orang pengecut. Utusan Malaysia mempunyai tanggung jawab untuk melaporkan pandangan mereka mengenai apa (jua) isu yang berada dalam pemikiran masyarakat pada hari ini. Manakala akhbar lain juga ada pendekatan masing-masing," katanya.

    

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda