Keadilan, PRM gesa lesen slot mesin di Bukit Tinggi ditarik balik
Kerajaan digesa supaya menarik balik lesen mesin slot kepada Bukit Tinggi Resort Berhad (BTRB) berikutan keputusan syarikat berkenaan untuk menutup pusat perjudian itu di Colmar Tropicale Resort di situ.
Ketika membuat gesaan itu, parti Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyifatkan keputusan menutup pusat tersebut merupakan "satu kemenangan kepada pihak masyarakat yang menentangnya".
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua parti pembangkang itu berharap penutupan pusat perjudian itu adalah untuk selama-lamanya dan bukan sementara saja sebelum dibuka semula selepas pilihanraya kelak.

Kenyataan itu ditandatangani oleh presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan rakan sejawatannya dari PRM, Dr Syed Husin Ali sebagai mengulas laporan akhbar
Utusan Malaysia
hari ini mengenai penutupan pusat judi berkenaan.
Akhbar itu memetik pengurus operasi BTRB Joey Chen sebagai berkata pusat itu yang ditutup sementara pada 20 Mei lalu, akan ditutup terus dan ianya akan diubahsuai menjadi restoran.
Selain itu, Wan Azizah dan Syed Husin juga ingin tahu mengenai kedudukan pusat judi di Pulau Tioman.
Negara Islam
"Kami menggesa supaya tidak ada
lesen
judi yang baru (walaupun dalam bentuk mesin slot) dikeluarkan lagi. Manakala yang telah lama dikeluarkan, hendaklah secara beransur-ansur dibatalkan," tambah mereka.
Sekarang ini, kata mereka, beberapa syarikat yang rapat dengan pucuk pimpinan pemerintah dan mendapat sokongannya, membuka pusat-pusat perjudian bukan saja dalam negara bahkan di luar negara juga, seperti di Cambodia dan di Fillipina.
"Kami percaya dalam "negara Islam" yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Malaysia tidak patut menggalakkan aktiviti perjudian," tambah mereka.
Sebelum ini, BTRB menutup sementara operasi mesin slot di situ selepas kerajaan dikritik hebat oleh parti pembangkang, terutama PAS, yang mendakwa syarikat berkenaan diberi lesen operasi kasino kedua selepas Genting Highlands.
Dr Mahathir yang juga menteri kewangan, menyangkal dakwaan itu, dan sebaliknya menjelaskan yang pusat peranginan itu diberi lesen mengendalikan mesin slot untuk ahli-ahlinya sahaja.
Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, pihak syarikat berkenaan telah menyalahgunakan kebenaran mengendalikan mesin slot itu dengan membenarkan digunakan oleh pengunjung awam.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.