Umno Pahang didakwa tebang balak di tanah kerajaan negeri
Umno Pahang telah menjalankan kerja pembalakan di kawasan seluas kira-kira 40km persegi, yang dari segi teknikalnya masih lagi menjadi milik kerajaan negeri, demikian menurut seorang pegawai kerajaan negeri hari ini.
Ketika dihubungi
malaysiakini
pagi ini, ketua pejabat tanah daerah Pekan, Zainal Rahim Darus mengesahkan yang kawasan tersebut masih merupakan tanah kerajaan kerana ia belum diserahkan kepada Umno Pahang.
Umno Pahang telah menjalankan kerja pembalakan di kawasan seluas kira-kira 40km persegi, yang dari segi teknikalnya masih lagi menjadi milik kerajaan negeri, demikian menurut seorang pegawai kerajaan negeri hari ini.
Ketika dihubungi
malaysiakini
pagi ini, ketua pejabat tanah daerah Pekan, Zainal Rahim Darus mengesahkan yang kawasan tersebut masih merupakan tanah kerajaan kerana ia belum diserahkan kepada Umno Pahang.
Bagaimanapun, Zainal enggan mengesahkan yang Umno Pahang gagal menjelaskan bayaran premium berjumlah RM4.8 juta selepas pihaknya mengeluarkan notis terakhir, yang tamat pada 3 Julai lalu.
Sebelum ini, pihak Umno Pahang telahpun diberi empat kali tempoh lanjutan untuk menjelaskan bayaran tersebut.
Zainal hanya mengatakan maksud "belum diserahkan itu" bermakna "pemiliknya telah gagal melunaskan bayaran premium tanah".
Zainal juga enggan membuat ulasan sama ada Umno Pahang - yang telah melantik syarikat balak untuk menjalankan kerja pembalakan di kawasan seluas 10,000 - telah mengeluarkan sumber kayu-kayan di situ.
"Ia di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Saya tidak sepatutnya memberi komen sebelum pihak menteri besar mengulas mengenainya," jelas beliau.
Berpuluh juta
Kesahan bagi Umno Pahang menjalankan kerja pembalakan di kawasan tersebut boleh dipertikaikan kerana parti itu belum lagi diberi hakmilik, kerana kegagalannya menjelaskan bayaran premium bagi tanah terbabit.
Kawasan terbabit terletak di Nenasi, kira-kira 100km ke selatan Kuantan, dan di bawah pentadbiran pejabat daerah Pekan.
Manakala pakar industri secara konservatifnya mentaksirkan hasil pembalakan di kawasan terbabit bernilai berpuluh juta ringgit.
Awal minggu ini, malaysiakini telah melaporkan bahawa kerajaan Pahang pimpinan pengerusi Umno negeri ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, telah menyerahkan konsesi balak kepada Umno Pahang lima tahun lalu.
Bagaimanapun, bagi tujuan mengesahkan pemberian itu, parti itu diminta menjelaskan bayaran premium tanah bernilai RM4.8 juta kepada pejabat tanah daerah supaya Umno Pahang boleh memulakan kerja-kerja pembalakan di kawasan itu, yang dikatakan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Kerajaan negeri boleh menukar status tanah negeri sebagai tanah persendirian - atau diwartakan, sama ada sebagai ladang hutan kekal hutan (di mana pembalakan terhad dibenarkan) atau sebagai hutan simpanan kekal - jika mendapat kelulusan mesyuarat exco negeri.
Kelulusan kepada Umno untuk memiliki tanah kerajaan negeri seluas 10,000 ekar itu tercatat dalam minit mesyuarat majlis exco negeri pada 7 Januari 1998.
Bagaimanapun, parti berkenaan berulangkali gagal menjelaskan bayaran premium tanah itu walaupun tempohnya telah dilanjutkan sebanyak empat kali - dua daripada diberikan berikutan rayuan daripada Umno Pahang - sejak bulan Jun 2000.
Pejabat tanah daerah Pekan telah mengeluarkan "amaran terakhir" Januari lalu dan menyatakan bahawa pemilikan tanah itu, dan juga konsesi balak, akan dibatalkan sekiranya Umno Pahang gagal menjelas bayaran itu pada 3 Julai lalu.
Tetapi pakar industri memberitahu malaysiakini bahawa pembatalan tanah Umno Pahang itu sudah terlewat kerana semua kawasan itu telahpun habis dibalak.
Agihan kawasan balak
Kontroversi mengenai kawasan tersebut dianggap hanyalah sebahagian daripada keseluruhan konsesi balak yang diberikan kepada Umno Pahang sebagai sumber kewangan bagi parti tersebut.
Khalil, sewaktu menjadi menteri besar Pahang, didakwa telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan.
Dalam laporan polisnya pada 2001, Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Fauzi Abdul Rahman, telah mendakwa bahawa Khalil, yang juga menteri penerangan, telah membenarkan kerja membalak dijalankan di kawasan yang melebihi daripada keluasan yang dibenarkan di bawah dasar perhutanan negara.
Satu siasatan dalaman Umno telah dijalankan terhadap Khalil tiga tahun lalu, tetapi sehingga ini belum diketahui hasilnya.
Datuk Adnan Yaakob, yang menggantikan Khalil sebagai menteri besar pada Mei 1999, dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu, kerana pemberian tanah dibuat sewaktu menteri besar sebelumnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.