Peraduan filem Bruce Almighty diarah dihentikan serta-merta
Sebuah stesen radio swasta berbahasa Inggeris diarah menghentikan serta-merta peraduan yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam, dengan mengajukan soalan berbunyi "sekiranya anda menjadi tuhan, apakah yang anda akan lakukan?"
Peraduan itu dianjurkan oleh sebuah stesen radio swasta tempatan itu, sempena dengan tayangan filem Inggeris, "Bruce Almighty", di pawagam-pawagam tempatan.
Pendengar yang membuat panggilan akan ditanya soalan tersebut dan kemudian akan diberikan dua tiket untuk menyaksikan filem itu serta berpeluang memenangi hadiah-hadiah lain.

Sambil melahirkan rasa kesalnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, berkata soalan seperti itu boleh memesongkan akidah umat Islam kerana ia menyamakan manusia dengan tuhan.
"Walaupun soalannya berbentuk andaian, ia tidak boleh dipermainkan kerana kita tidak boleh menyamakan diri kita dengan Tuhan yang Maha Berkuasa, walaupun secara gurauan," kata beliau yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal agama Islam.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis persembahan 10 rekabentuk terpilih Astaka Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-45, di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata: "Sekiranya peraduan ini masih berjalan, saya minta ia dihentikan serta-merta".
Filem tidak patut ditayang
Menurut Bernama , Abdul Hamid juga menasihatkan mereka yang beragama Islam agar tidak menyertai peraduan itu dan peraduan seumpama itu di masa depan, kerana ia adalah haram.
Beliau juga meminta supaya stesen-stesen radio dan televisyen swasta khususnya agar lebih peka dengan sensitiviti agama di negara ini.
Ditanya mengenai kewajaran penayangan di negara ini filem `Bruce Almighty' yang mengisahkan seorang lelaki diberi kuasa untuk menjadi Tuhan selama seminggu, Abdul Hamid berkata Lembaga Penapisan Filem patut merujuk kepada Jabatan Agama Islam.
"Tidak wajar filem seperti itu diketengahkan di negara ini. Saya pun tak tahulah sejauh mana Lembaga Penapisan Filem bertindak," katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.