PAS akan "melancarkan serangan balas" terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan mereka mengenai wujudnya ulama palsu, melalui pengedaran video cakera padat (VCD) terbaru terbitan PAS yang bertajuk "Ulama Palsu ".
Lajnah Penerangan Pusat PAS akan mengedarkan VCD itu kepada ahli-ahli parti sebagai salah satu usaha untuk menangkis tuduhan tersebut berdasarkan fakta dan peristiwa sebenar.
Pengarang lidah rasmi PAS Harakah , Zulkifli Sulong memberitahu malaysiakini bahawa PAS perlu mendedahkan siapa sebenarnya ulama palsu di Malaysia.
