PKPM: Hadi cadang kerajaan keluar Kertas Putih
Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan Kertas Putih bagi menjelaskan secara terperinci isu berkaitan dengan pertubuhan haram Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).
"Tanpa siasatan yang adil dan saksama, kemungkinan besar mereka yang tidak berdosa dilibatkan menjadi mangsa ketika negara sedang dalam peralihan kuasa dan suasana diambang pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kerajaan bertanggungjawag sepenuhnya menjelaskan perkara ini kepada rakyat dengan hujah-hujah dan bukti jelas yang tidak dapat dipertikaikan," kata beliau yang juga pemangku Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu.

"Kertas Putihlah sahaja yang dapat menghuraikan keseluruhan kebenaran penglibatan mereka yang sedang ditahan sekarang," katanya.
Kegiatan pertubuhan PKPM ini terbongkar apabila polis menangkap tiga lelaki di sebuah hotel di Taman Maluri di Kuala Lumpur ketika sedang menemuduga empat lelaki untuk menyertai pertubuhan itu, Rabu lalu.
Susulan daripada tangkapan itu, polis kemudiannya membuat serbuan ke Pantai Dalam dan menangkap 21 lagi ahli kumpulan terbabit termasuk ketuanya Nor Azami Ahmad Ghazali, 35 (
gambar
).
Siasatan terperinci
Nor Azami berpangkat Jeneral dalam pertubuhan itu dan telah mengisytiharkan dirinya sebagai bakal perdana menteri keenam selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Polis percaya PKPM mempunyai lebih 8,000 ahli yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh orang kanannya.
Menurut Abdul Hadi lagi, PAS tidak mahu rakyat merasa cemas dan kecewa serta diperbodohkan dengan begitu mudah sekali melalui tindakan tidak matang, terutama yang melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan serta mereka yang terdiri daripada kalangan terpelajar.
Katanya, PAS tidak mahu tindakan itu diambil kerana kerajaan berkepentingan untuk mencari keuntungan politik dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
"Isu ini bukan perkara politik dan jangan cuba ditimbulkan dalam pilihanraya umum akan datang.
"Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengemukakan hujah-hujah dan bukti kukuh kerana rakyat sekarang terpelajar, bermaklumat dan tidak boleh diperbodohkan," tambahnya.
Mudah percaya
Menurut Abdul Hadi lagi, perkara ini perlu kepada pendedahan secara kehormat dengan segala bukti diperincikan melalui satu pengeluaran Kertas Putih lengkap daripada kerajaan.
Sementara itu, pengerusi DAP, Lim Kit Siang, dalam satu kenyataan, berkata ada beberapa aspek mengenai PKPM yang perlu disiasat secara terperinci, termasuk sama ada ia mendapat dokongan politik sehingga dapat beroperasi secara terbuka.
Menurut Lim, ini kerana Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri mengakui didatangi seorang ketua PKPM yang mendakwa berpangkat brigadier jeneral, sehari sebelum kegiatan mereka terbongkar.
"Persoalannya sekarang ialah berapa ramaikan menteri, menteri besar, ketua menteri dan pengawai kerajaan yang telah didatangi dan memberi sokongan mereka kepada PKPM," katanya.
Selain itu, Lim juga melahirkan rasa hairannya mengapa begitu mudah mereka yang berjawatan pengarah di jabatan kerajaan dan profesor sebuah pusat pengajian tinggi, mempercayai untuk menyertai pertubuhan haram ini.
Setakat ini, seramai 2,637 orang ahli PKPM telah menyerahkan diri kepada polis sejak 23 Julai lalu. Ini termasuk empat bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat mejar.
Mereka berempat ditahan reman sehingga 3 Ogos ini untuk membantu polis membuat penyiasatan.
Pihak polis masih lagi memburu baki empat anggota kanan PKKM berpangkat jeneral dan kolonel.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.