Sekuntum mawar merah dan hamper makanan diagihkan oleh Puteri Umno Perlis kepada 70 orang pesakit wanita di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar hari ini.
Ketua Puteri Umno Perlis, Asmaiza Ahmad yang juga anggota exco Puteri Umno Malaysia berkata sumbangan sempena sambutan Hari Ibu itu adalah sebagai mengenang jasa dan pengorbanan kaum wanita dalam melahir dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Pengerusi Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Perlis (Baidunita), Datin Seri Asiah Asmuni yang juga isteri Menteri Besar menyampaikan sumbangan itu di wad perubatan perempuan, wad pembedahan perempuan dan wad selepas bersalin.
Kira-kira 20 anggota kepimpinan Puteri Umno Perlis menyertai majlis itu.
--Bernama
