Skandal balak: SGM buat aduan polis terhadap MB Pahang
Syarikat balak, Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, yang juga pengerusi Umno negeri, Datuk Adnan Yaakob berhubung kenyataannya mengenai kontroversi konsesi balak yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Dalam aduannya, SGM mendakwa kenyataan Adnan yang menafikan pembabitan Umno Pahang dalam kes tersebut, adalah menghina perintah Mahkamah Tinggi Kuantan bulan lalu. Dalam keputusannya, mahkamah tersebut telah mengarahkan parti itu supaya membayar RM70,000 kepada SGM.
Aduan itu dibuat oleh pengarah SGM, Sheikh Mohd Zurid Tok Muda Sheikh Hassan di balai polis Kuantan Sabtu lalu. Beliau juga merupakan seorang bekas ketua cawangan Umno dalam bahagian Pekan.

"(Kenyataan) bertentangan dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 13 Jun 2003 di mana mahkamah mendapati pihak defenden (Umno Pahang) telah melakukan pemecahan kontrak dan mahkamah membenarkan gantirugi nominal sebanyak RM50 dan kos sebanyak RM70,000," katanya dalam aduan tersebut.
Adnan dipetik di dalam sebuah laporan baru-baru ini sebagai menyangkal penglibatan Umno Pahang dalam perjanjian pembalakan, yang telah ditandatangani dengan SGM pada tahun 2000.
SGM telah membayar RM50,000 kepada Umno Pahang selepas dibenarkan membalak di kawasan seluas 10,000 ekar - kira-kira 40 km persegi - yang terletak dekat Pekan, yang dikatakan akan dimajukan sebagai ladang kelapa sawit.
Kes mahkamah
Beberapa dokumen yang diperolehi malaysiakini juga juga menunjukkan yang perjanjian itu - yang ditandatangani sewaktu Tan Sri Khalil Yaakob menjadi menteri besar - telah disokong oleh beberapa pegawai tertinggi Umno Pahang.
Adnan berkata beliau tidak tahu menahu tidak tahu menahu mengenai kerana perjanjian itu diluluskan pada 1998 oleh menteri besar sebelumnya. Khalil kini menjadi menteri penerangan dan setiausaha agung Umno.
Bagaimanapun, Adnan juga mendakwa SGM membuat urusan itu dengan "satu atau dua individu" yang didakwa telah menipu syarikat tersebut.
Pahang Pemuda Umno dan SGM kini terbabit dalam pertikaian undang-undang sejak tahun lalu selepas syarikat tersebut gagal mendapat lesen membalak dari pejabat perhutanan negeri untuk membalak baki kawasan seluas 3,000 ekar.
Adalah dipercayai yang Adnan, yang menggantikan Khalil pada 1999, enggan terbabit dengan perjanjian itu. Ini telah memaksa SGM membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut gantirugi sejumlah RM31 juta.
Dalam keputusannya pada 13 Jun lalu, mahkamah telah memutuskan bahawa Umno Pahang Umno perlu membayar RM70,000 kepada SGM. Bagaimanapun, syarikat tersebut menganggap jumlah itu terlalu rendah dan kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Pengakuan
Para pemerhati berpendapat Umno Pahang boleh menyelesaikan perkara itu dengan menjelaskan bayaran yang diperintahkanoleh mahkamah. Bagaimanapun, parti itu memilih untuk melawan kes itu di mahkamah.
Pada 17 Jun lalu, setiausaha Umno Pahang, Ahmad Tajudin Sulaiman telah afidavit yang mendakwa parti menjadi mangsa dalam urusan tersebut dan menuntut gantirugi balas.
Ketika mengulas tentang isu itu Jumaat lalu, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad Dr berkata pihak parti akan menyiasat perkara itu.
Perdana menteri berkata parti politik tidak dibenarkan memiliki sebarang tanah negeri, dan beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan yang Umno Pahang memiliki tanah di negeri itu.
Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, dalam kenyataannya Jumaat lalu, berkata penafian Umno Pahang itu lemah, kerana parti itu sudahpun mengaku pembabitannya sepertimana yang terkandung di dalam afidavit yang difailkan Jun lalu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.