Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan terpedaya tindakan burukkan prestasi BN'
Diterbitkan:  Jun 6, 2011 12:32 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Masyarakat diminta berhati-hati dan tidak terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang cuba menidakkan sumbangan dan menggambar burukkan prestasi kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

NONE Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ( kanan ) berkata tindakan pihak tertentu itu adalah bertujuan menghakis keyakinan rakyat bagi membolehkan mereka merampas kuasa kerajaan.

"Apa yang jelas kerajaan sekarang adalah pembela sebenar rakyat, bukan sahaja berusaha mengajak rakyat bersatu padu dan menggalakkan integrasi melalui konsep 1Malaysia tetapi lebih penting mengekalkan kemakmuran ekonomi negara melalui pelbagai pendekatan.

"Pelan transformasi ekonomi yang dilaksanakan sekarang akan membolehkan Malaysia terus relevan sebagai destinasi utama perdagangan, pelancongan dan pelaburan serta mampu menjana kekayaan negara," katanya kepada Bernama di Kota Kinabalu, hari ini.

Abdul Rahim berkata strategi itu penting bagi membolehkan Malaysia memperolehi tambahan hasil kekayaan dan peningkatan pendapatan kerajaan supaya usaha untuk membolehkan pengagihan pembangunan yang lebih rata dapat dilakukan.

Katanya kerajaan amat bergantung kepada kutipan pelbagai cukai dan kegagalan memacu pertumbuhan akan melemahkan pungutan hasil dan dengan sendirinya program pembangunan negara akan terencat serta program keadilan sosial terjejas.

"Oleh itu sokongan berterusan kerajaan secara berlanjutan adalah suatu keperluan bagi menjayakan transformasi tersebut," katanya.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS