Kes Hilmi: Hasil siasatan BPR akan diumumkan
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan mengumumkan hasil siasatan penuh terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Hilmi Yahaya berhubung dakwaan salahguna kuasa kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.
Pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Ibu pejabat BPR atau Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah BPR negeri, Abu Kassim Mohamad.
"Bila pengumuman itu akan dibuat dan apa tindakan yang perlu diambil, ditentukan oleh Ibu pejabat BPR atau Jabatan Peguam Negara. Ibu pejabat memerlukan sedikit masa," katanya.

Bernama
melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Peningkatan Integriti Kerajaan Negeri oleh Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Pulau Pinang hari ini.
Siasatan penuh BPR terhadap Dr Hilmi menjurus kepada dua persoalan utama iaitu sama ada beliau menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Jabatan Imigresen menarik balik pembatalan permit kerja seorang pegawai dagang kilang B.Braun Medical di Bayan Lepas.
Pegawai itu didakwa terbabit dalam satu kes gangguan seksual terhadap seorang kakitangan wanita syarikat itu. Dr Hilmi juga disiasat sama ada beliau mempunyai kepentingan peribadi dalam syarikat berkenaan.
Dakwaan campur tangan
Siasatan BPR itu tertumpu kepada kesalahan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997, dan bukannya dakwaan wujud campur tangan Dr Hilmi terhadap kes gangguan seksual tersebut.
Pada 21 Julai lalu, ibu pejabat BPR mengumumkan yang badan itu sudah menyiapkan 80 peratus siasatannya dan ketika itu, mendapati Dr Hilmi tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam kes tersebut dan tidak menyalahgunakan kuasa.
Abu Kassim berkata, ibu pejabat BPR juga akan memaklumkan mengenai tindakan yang akan diambil, sama ada kes itu ditutup ataupun diteruskan dengan pendakwaan di mahkamah.
Menurutnya, BPR mengamalkan prosedur biasa dengan menghantar kertas siasatan penuh berhubung kes itu ke Bahagian Siasatan, Ibu pejabat BPR pada 30 Julai lalu untuk dianalisis.
Selepas dianalisis, katanya, kertas siasatan itu akan dihantar ke Bahagian Pendakwaan, Jabatan Pejabat Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya.
Beliau berkata, 17 saksi telah memberi keterangan masing-masing berhubung siasatan kes itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.