Malaysiakini BERITA

Mogok nelayan: MCA selar menteri 'tidur'

Regina Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyangkal dakwaan bahawa beliau gagal mengetengahkan keluhan nelayan laut dalam, kelas C2, berhubung isu pemotongan subsidi oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

NONE Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Sejak subsidi diesel super ditamatkan pada 1 Jun lalu, MCA mendapat banyak aduan daripada pengusaha nelayan laut dalam yang mahukan kerajaan mengembalikan harga diesel yang sebelum ini dinikmati mereka pada harga RM1.25 seliter.

Kebanyakan mereka tidak puas hati kerana terpaksa membeli diesel pada harga biasa RM1.80 seliter seperti pengguna biasa dan mendakwa tindakan kerajaan itu bukan sahaja menyebabkan kos mereka naik tetapi enggan berunding.

fishing trawlers 231216 fish catch Turut menyelar tindakan kerajaan yang tidak mahu berbincang itu  adalah timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok.

Katanya, Dr Chua telah berjumpa dengan nelayan laut dalam itu dan berjanji memanjangkan keluhan itu kepada MTEN yang mana beliau turut menjadi anggotanya.

Walaupun bersetuju dengan keputusan penyelarasan subsidi itu, Dr Chua berkata pelaksanaannya perlu diambil kita.

"Sekiranya menteri (Ismail Sabri) mengambil kira pandangan nelayan dan memahaminya masalah mereka, semua ini tidak akan berbangkit," kata bekas menteri kesihatan itu.

[Baca berita penuh]