Usahawan Malaysia dan Afrika perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam meneroka potensi masing-masing memandangkan tahap perdagangan dan pelaburan semasa masih belum diterokai sepenuhnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Semasa menyatakan jarak geografi bukan lagi halangan antara mereka, beliau menyarankan syarikat-syarikat dari kedua-dua pihak supaya merapatkan jurang dalam mewujudkan peluang pasaran baru dan menguntungkan.

NONE Langkah berkenaan juga akan membantu membina kemakmuran ekonomi yang mampan dengan memberi sinergi perkongsian perniagaan Malaysia-Afrika dan mengembangkan bahagian ekonomi mereka bersama-sama, kata beliau semasa merasmikan Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) pada Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya.

MABF, yang merupakan ciri nilai tambah Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2011) edisi kesembilan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Ahad di Putrajaya, mempunyai perwakilan Afrika yang kukuh.

Muhyiddin berkata, perdagangan Malaysia dengan Afrika berjumlah hanya AS$7.8 bilion tahun lepas, suatu yang boleh ditingkatkan dengan lebih banyak perkongsian.

"Berbanding dengan AS$12 bilion perdagangan Malaysia dengan Jerman tahun lepas, sebuah negara yang hanya satu peratus saiz Afrika. Angka ini jelas menerangkan keadaan sebenar. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya proaktif,” kata Muhyiddin.

Hadir sama pada forum itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Uganda Edward Sekandi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Muhyiddin menyeru delegasi Afrika supaya mengenal pasti peluang-peluang di negara mereka dan memadankannya dengan rakan Malaysia, bertemu dengan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai perdagangan dan pelaburan di Malaysia, serta meneroka kerjasama pemasaran dan teknikal dengan rakan kongsi Malaysia.

 - Bernama