PAS Negeri Melaka selesai melantik semua jawatan kabinetnya pada mesyuarat pertama petang ini.

NONE Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari ( kiri ) berkata perlantikan semua jawatan tersebut dipersetujui oleh semua ahli-ahli mesyuarat PAS negeri.

Tiga timbalan pesuruhjaya yang dilantik adalah Kamaruddin Sidek, Mohd Nor Omar dan Sofi Wahab.

Adly juga mengumumkan Asri Shaikh Abdul Aziz sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai bendahari.

Tiga orang penolong setiausaha yang dilantik adalah Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail pula dipilih sebagai pengarah pPilihan raya PAS Melaka menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Julasapiyah Kassim, Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini dewan-dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing.

Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.