Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Perundingan Gaji Kebangsaan dalam usahanya untuk menetapkan gaji minimum kepada pekerja.

Rang undang-undang baru itu bakal menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 dan juga bagi membolehkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (NWCC) dibentuk.

Majlis berkenaan akan bertanggungjawab ke atas kajian untuk semua perkara melibatkan gaji minimum dan juga bagi menyarankan kadar gaji berpatutan untuk semua sektor, kawasan dan jenis perkhidmatan.

Rang undang-undang baru itu juga akan memperuntukkan penguatkuasaan kepada kerajaan untuk memastikan para majikan mematuhi gaji berkenaan apabila ia berkuatkuasa.

Selain itu, undang-undang berkenaan akan memberi perlindungan kepada pekerja yang tertakluk bawah kategori gaji minimum berkenaan.

Rang undang-undang itu dibaca untuk kali pertama oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan di Dewan Rakyat hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS