CCU dapat surat laksana projek sambungan LRT
Diterbitkan: Jun 21, 2011 6:54 PM | Dikemas kini: Jun 21, 2011 6:56 PM
Syarikat Prasarana Negara Bhd mengeluarkan surat kelulusan kepada CMC-Colas-Uniway (CCU) untuk melaksanakan projek sambungan LRT Kelana Jaya bernilai RM673.920 juta.
Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana berkata, projek itu meliputi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengujian dan penjayaan sistem kerja projek terbabit.
Ia berkata, laluan LRT itu akan disambung dari stesen Kelana Jaya membabitkan jarak sejauh 17km hingga ke Putra Heights, meliputi 13 stesen baharu.
Projek sambungan LRT itu diumumkan dalam Bajet 2009, dan dilaksanakan bagi meningkatkan pengangkutan awam di Lembah Klang.
- Bernama

