Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO Eropah mahu aset Taib di Jerman dibekukan
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 7:30 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.

NONE “Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib ( pertama dari kiri ) di Jerman dibekukan.

"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.

"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.

Sambil merujuk Taib sebagai ‘pencuri’ utama di Asia Tenggara, Dana Bruno Manser mendakwa Deutsche Bank menjalankan urusniaga bagi kedua-dua kerajaan negeri sarawak dan juga syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib.

[Baca berita penuh]

ADS