BERITA

'Datuk T' mengaku bersalah, didenda RM5,500

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Jun 2011, 9:01 pagi

[GALERI FOTO]

Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.

azlan Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Ketika-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari 21 Mac lepas.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

'Bukan menyerupai, tapi Anwar'

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

NONE Selepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan