Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Mungkin ada unsur asing di sebalik himpunan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi amaran mengenai kemungkinan ada unsur-unsur asing di sebalik pelbagai perhimpunan yang dianjurkan pada 9 Julai.

NONE Berikutan itu, beliau memberi amaran keras bahawa polis tidak akan membenarkan mana-mana individu atau mana-mana pihak atau organisasi, terbabit dalam aktiviti yang boleh mengakibatkan berlaku huru-hara.

Ismail berkata, berdasarkan risikan polis, terdapat cubaan oleh beberapa pihak dan juga unsur-unsur asing terlibat, yang mungkin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi keadaan.

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, katanya, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan haram.

Menurutnya, tiga perhimpunan - BERSIH, Pemuda Umno dan PERKASA - yang dijadualkan pada 9 Julai, boleh mengakibatkan gangguan terhadap keamanan dan ketenteraman awam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS