Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru, pelajar diberi amaran jauhi BERSIH
Diterbitkan:  Jun 29, 2011 5:49 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Semua guru dan pelajar sekolah diingatkan supaya tidak terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0  yang dirancang pada 9 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, guru dan pelajar adalah kakitangan kerajaan yang tidak wajar menyertai perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, sekiranya mereka terbukti terbabit dalam perhimpunan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan termasuk mengikut undang-undang negara.

"Saya mohon kepada semua guru supaya berfikir sebaik-baiknya dan bertindak sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab sekiranya ingin menyertai perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar ke-17 di Kuantan hari ini.

- Bernama

ADS