Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kes saman RM100 juta Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan kongsi

perniagaannya, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 dan 13 September.

NONE Hakim VT Singham menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes tersebut hari ini.

Sebelum itu, Hakim Singham bertanya kepada peguam Zulhelmi Wagiman yang mewakili Ummi Hafilda mengenai perkataan fitnah yang diadukan, dan sama ada kenyataan tuntutan plaintif mengandungi transkrip yang tepat.

Zulhelmi berkata beliau tidak mempunyai transkrip sebenar tetapi akan bergantung kepada kenyataan tuntutan tersebut.

Beliau juga berkata firmanya tidak dapat menyerahkan notis tersebut kepada Nor Azman dan oleh itu akan menyiarkannya dalam akhbar.

Menurutnya, Umi Hafilda akan memanggil tiga orang saksi.

Peguam Fahri Azzat yang mewakili Mkini Dotcom yang mengendalikan portal berita Malaysiakini, pula akan memanggil dua orang saksi.

Hakim Singham juga menetapkan 1 Ogos 1 untuk pengurusan kes muktamad.

[Baca berita penuh]

ADS