Bernas disaran guna semula sistem pengurusan LPN
Kerajaan disarankan supaya mengembalikan struktur Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi memperbetulkan pengurusan, pemasaran dan menarik balik cadangan menutup gudang-gudang Bernas bagi menjaminkan simpanan beras dapat dikekalkan.
Ketika membuat saranan itu, badan bukan kerajaan, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) juga menggesa kerajaan supaya memastikan pekerja bawahan PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) diberi pilihan untuk kekal bekerja atau diberi pilihan untuk berhenti.
"Pemberhentian secara paksa tidak harus dijadikan pilihan. Kerajaan tidak boleh membiarkan pekerja bawahan menjadi mangsa akibat kecuaian dan penyelewangan pihak atasan, kerana ia bertanggungjawab mengswastakan Bernas," kata presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Penutupan gudang yang asalnya adalah gudang simpanan beras hendaklah ditarik balik dan impot berlebihan yang mungkin berlaku disemak semula serta penyeludupan yang beroperasi dari pihak dalam, disiasat dan dibanteras segera," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengubahsuaian organisasi
Katanya, simpanan beras negara tidak boleh dikompromi dan gudang-gudang tersebut hendaklah kekal beroperasi sebagaimana asalnya kerana ia adalah jaminan sekuriti makanan yang sangat penting.
Bernas baru-baru ini mendakwa menanggung kerugian besar akibat kegiatan penyeludupan beras sehingga memaksa syarikat itu melakukan pengurangan pekerja serta menyusun semula organisasinya.
Ini termasuk pelantikan naib presiden kanan kumpulan Bernas, Perkhidmatan Korporat dan Perniagaan lain, Ahmad Fuad Abdul Wahab, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu jawatan yang baru diwujudkan pada berkuatkuasa hari ini.
Menurut kenyataan Bernas semalam, beliau akan bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi perniagaan Kumpulan Bernas.
Sehubungan itu, Azmi menggesa supaya pengilang beras bumiputera dibantu semula dengan memberi mereka keutamaan dalam memproses padi, seperti rencana asalnya.
Penyeludupan
"Bernas yang sebelum ini mengutamakan kilang usahasama dengan syarikat tertentu hendaklah kembali memberi keputusan kepada pengilang bumiputera," tambahnya.
Teras juga menggesa supaya kerajaan menyemak semula semua masalah yang sedang dihadapi oleh lebih 100,000 pesawah di seluruh negara - seperti potongan basah yang tinggi, masalah pengairan, khidmat mesin penuai - dapat diatasi.
"Fungsi Pertubuhan Peladang Kawasan juga perlu disemak semula supaya dapat diperkemaskan dan menjadi lebih berkesan dalam membantu nasib pesawah yang sukar menghantar hasil pada ke kilang," katanya.
Selaras dengan itu, Azmi menyarankan supaya ditubuhkan Majlis Padi Negara bagi menjamin tanaman, penuaian, pemprosesan, pemasan dan pengedaran berjalan lancar serta penyeludupan dapat dikawal dengan berkesan.
Mengenai laporan mengenai kerugian yang dialami oleh Bernas, Azmi berkata ianya tidak dapat diterima kerana syarikat itu diberi kuasa monopoli import dan juga pemasaran dikawal penuh oleh kerajaan.
"Kenapakah di sektor yang dikawal sedemikian rupa dengan kuasa undang-undang, bukan sahaja oleh satu jabatan, tetapi beberapa jabatan, boleh berlaku penyeludupan yang sebegitu besar sehingga 200,000 tan sebagaimana yang didakwa," tambahnya.
Jumlah sebegitu banyak, katanya, tidak mungkin dilakukan oleh "tentera semut" seperti yang pernah didedahkan kerana jumlah itu tidak boleh diangkut dengan mudah tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.