Kes MPAJ: Abdul Kudus tukar pengakuan
Bekas pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad hari ini menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan membuat kenyataan palsu di dalam surat akuan bersumpah.
Pada 12 Julai lalu, Abdul Kudus, 40, telah mengaku bersalah membuat kenyataan palsu itu di dalam surat akuan bersumpah di pejabat Yang Dipertua MPAJ pada 26 Sept 2001.
Menurut Bernama , Majistret Norshila Kamaruddin menetapkan 9 Dis ini untuk perbicaraan kes itu dan melanjutkan tempoh ikat jamin terhadap Abdul Kudus.

Mengikut pertuduhan itu, Abdul Kudus di dalam surat akuan bersumpah, yang di benarkan di sisi undang-undang dan di terima oleh penjawat awam sebagai keterangan mengenai sesuatu fakta, telah membuat satu kenyataan palsu iaitu :
"Pada tarikh sekarang ini, saya bebas dari kesusahan kerana hutang dan tiada apa-apa jua tanggungan atas apa-apa Surat Janji Hutang sama ada sebagai peminjam atau penjamin."
Kertas pertuduhan itu juga menyatakan Abdul Kudus mengetahui butiran yang dikemukakannya adalah palsu.
Abdul Kudus dituduh mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksen 193 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Lembaga penyiasat
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) KS Koh manakala Abdul Kudus diwakili peguam M Manoharan (
gambar
), Datin N Latha Nagar Retinam dan Srimurugan.
Pada 10 Jun lalu, Abdul Kudus diberhentikan kerja serta-merta selepas siasatan Lembaga Penyiasatan dan Tatatertib MPAJ mendapati beliau mengemukakan surat perakuan palsu mengenai status dirinya yang muflis.
Sebelum itu, Kerajaan Negeri Selangor menggantung kerja Abdul Kudus selama sebulan mulai 3 Jun lalu bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan terhadapnya atas dakwaan menerima rasuah bagi membocorkan maklumat operasi pihak berkuasa tempatan itu.
Tindakan tersebut diambil ekoran kenyataan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas (kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Abdul Kudus sebagai dalang melindungi tonto dan mendapat sogokan RM70,000 sebulan.
Siasatan lembaga itu mendapati Abdul Kudus telah diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana gagal melunaskan hutang sebanyak RM12,533.45 kepada Bank Bumiputra Malaysia Bhd. dan RM12,463.96 kepada Arab Malaysian Finance.Status muflis Abdul Kudus juga telah disahkan oleh Jabatan Pemegang Harta.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.