Peguam tersohor Raja Aziz Addruse dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor petang tadi.

Kira-kira 80 orang membabitkan ahli politik mahupun dari sektor perundangan hadir.

raja aziz addruse funeral 4 Antara mereka adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri DrWan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan putera Yam Tuam Besar Negeri Sembilan Tunku Zain Al-'Abidin Muhriz.

Ahli politik lain termasuk exco kerajaan Selangor Teresa Kok, pengerusi DAP Karpal Singh dan anaknya yang juga ahli parlimen Puchong Gobind Singh.

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Param Cumaraswamy, peguam lain seperti Malik Imtiaz Sarwar dan Sulaiman Abdullah juga hadir.

Raja Aziz Addruse meninggal dunia pada jam 1.20 petang semalam akibat penyakit barah.

Allahyarham pernah menerajui Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu pada 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993.

raja aziz addruse funeral 2 Beliau juga terkenal kerana mewakli beberapa individu terkenal dalam kes mereka.

Antaranya termasuk kes liwat pertama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, kes saman RHB terhadap pengasasnya Tan Sri Rashid Hussein dan mewakili bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan.

[Baca berita penuh]