Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dipanggil memberikan keterangan kepada pihak pihak kerana memakai baju kuning yang memaparkan logo BERSIH 2.0 menjelang perhimpunan 9 Julai.

NONE Khairul Anuar hadir untuk sesi di balai polis Jalan Travers di ibu negara kira-kira jam 1 tengah hari hari ini.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 47, Akta Pertubuhan 1966 kerana memaparkan logo pertubuhan haram.

Kehadiran bekas tahanan ISA itu diiringi beberapa penyokong dan pemimpin AMK daripada sekitar Lembah Klang.

Khairul ( gambar, berbaju kuning ) pada 23 Jun lalu hadir ke balai polis sama dengan memakai baju BERSIH 2.0 untuk membuat laporan terhadap pengirim SMS ugutan kepadanya.

Selain beliau, pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan sekurang-kurangnya enam lagi tampil membuat aduan berhubung perkara itu.

pkr youth pc 230308 khairul anuar Dihubungi Malaysiakini selepas sesi kira-kira 30 minit itu, Khairul Anuar berkata, polis banyak mengajukan soalan kepadanya berkaitan perhimpunan BERSIH dan hanya sedikit berkaitan baju yang dipakainya.

"Mereka bertanya apakah tujuan BERSIH, apa maksud BERSIH dan apakah BERSIH bertujuan menimbulkan huru-hara," kataaktivis kesatuan sekerja itu.

Khairul Anuar ( kiri ) berkata, beliau menggunakan haknya untuk tidak menjawab soalan yang ditanyakan dan hanya akan memberikan penjelasan kepada mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip turut disiasat kerana memakai baju BERSIH pada 23 Jun lalu.

Beliau bagaimanapun telah hadir memberikan keterangan di balai polis sama sebelum ini.

ADS