Pemuda PAS usul pengerusi, setiausaha SPR letak jawatan
Muktamar Agung Pemuda PAS yang berakhir semalam, telah meluluskan usul menggesa pengerusi dan setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya meletakkan jawatan atas dakwaaan salahlaku dan penyalahgunaan kuasa.
Isnin lalu, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar
mendakwa
di Dewan Rakyat bahawa SPR telah bersetuju untuk mengambil ahli-ahli Puteri Umno sebagai pekerja sementara bagi membantu jawatankuasa itu membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Malah, beliau telah
mengedarkan
salinan surat daripada ketua Puteri Umno, Azalina Othman, mengenai perkara itu, serta surat daripada SPR mengenai persetujuannya untuk berbuat demikian (
kiri
).
Usul itu juga turut mencadangkan supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terhadap pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dan setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, atas dakwaan tersebut.
Ia adalah antara empat usul yang diluluskan dalam muktamar Pemuda PAS yang ke-44 yang berlangsung di Markas PAS pusat di Taman Melewar, Gombak.
Tiga lagi usul yang turut dibahas dan diluluskan oleh para perwakilan semalam, termasuk usul menggesa pucuk pimpinan PAS supaya terus menjadikan Majlis Syura Ulama sebagai pusat rujukan dalam menggubal dasar-dasar parti.
Majlis Syura
Para perwakilan turut mendesak PAS pusat supaya menyusun strategi untuk menubuhkan kerajaan Islam yang mengambil kira realiti di Malaysia, serta mendengar pandangan ahli-ahli daripada Barisan Alternatif (BA).
Para perwakilan juga perlu membimbing rakyat supaya memahami aspek-aspek kebaikan, keadilan dan keindahan sebuah negara Islam.
Selain itu, mereka juga menggesa pucuk pimpinan PAS supaya terus memberi komitment di mana rakyat bukan Islam diberi pilihan untuk memilih undang-undang Islam ataupun undang-undang sedia ada, dalam kes-kes yang membabitkan jenyah syariah.
Mereka turut menggesa pucuk pimpinan parti itu supaya menyegerakan memorandum mengenai negara Islam, dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menangkis pandangan negatif terhadap undang-undang Islam.
Satu lagi usul yang diluluskan menggesa pucuk pimpinan PAS pusat supaya menemui Raja-Raja Melayu untuk mencadangkan supaya Majlis Raja-Raja menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan salahlaku dalam bidang kehakiman, termasuk dakwaan wujudnya campurtangan eksekutif dalam bidang berkenaan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.