Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bos AirAsia Datuk Tony Fernandes hari ini menafikan dakwaan bahawa syarikat penerbangan tambang murah itu akan memindahkan operasinya dari Malaysia ke negara jiran Indonesia.

Beliau menyifatkan organisasi media yang menyiarkan laporan itu sebagai "mengarut".

tony fernandez interview 220109 06 Dalam siri tweet menjawab laporan tersebut, Fernandes membayangkan tidak ada rancangan untuk memindahkan ibupejabat AirAsia ke Indonesia.

"Ibupejabat AirAsia sentiasa kekal di Malaysia. Kami dilahirkan di Malaysia. Rumah saya adalah Malaysia.

"Saham kami disenaraikan di Malaysia. Harap ini dapat jelaskan keadaan. Mengarut bagaimana beberapa akhbar putar belit perkara itu," katanya dalam tweet yang dihantar sekitar jam 5 petang.

Fernandes tidak menafikan rancangan AirAsia untuk memperluaskan pejabat pentadbiran di Indonesia, jelasnya dalam satu lagi tweet lain bahawa pejabat Jakarta adalah sebahagian daripada rancangan untuk peringkat serantau.

"Asean adalah penting kepada banyak syarikat Malaysia. Kerajaan kita beritahu kita pergi ke peringkat serantau dan itulah yang kami lakukan. Asean terletak di Jakarta. Itulah sebabnya mengapa pejabat Asean kami di sana, "katanya.

[Baca berita penuh]

ADS